Digital (TPM) Monitoring : Integrasi WordPress Dalam Pemantauan Mesin
PENGENALAN
Total Productive Maintenance (TPM) merupakan satu pendekatan sistematik yang menekankan kepentingan penyelenggaraan bagi memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan optimum. Melalui pelaksanaan TPM, pemantauan oleh pengguna (operator) memainkan peranan penting dalam mengesan awal sebarang tanda kerosakan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap penyelenggaraan kecemasan. Selain itu, penyimpanan rekod penyelenggaraan yang teratur sama ada secara kendiri oleh operator atau secara berkala oleh pihak penyelenggaraan membantu dalam merancang jadual penyelenggaraan dengan lebih sistematik. Langkah-langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan mesin tetapi turut memanjangkan jangka hayat peralatan dan mengurangkan kos pembaikan dalam jangka masa panjang.
Calibration Measurement Machine (CMM)
Calibration Measurement Machine (CMM) ialah mesin yang digunakan untuk mengukur dimensi objek dengan sangat tepat. Ia menggunakan probe yang menyentuh permukaan objek dan data akan dihantar ke komputer untuk dianalisis. Mesin ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kerana mampu mengukur bentuk yang kompleks dengan ketepatan tinggi.
Welding Machine (SMAW)
Welding Machine SMAW (Shielded Metal Arc Welding) pula ialah mesin kimpalan yang menggunakan elektrod bersalut flux. Apabila arus elektrik menghasilkan arc, haba yang terhasil akan mencairkan logam dan elektrod untuk membentuk sambungan. Mesin ini popular kerana kosnya rendah, mudah digunakan, dan sesuai untuk pelbagai jenis logam.